Sunday, December 29, 2013

Rendang Sekawah

  Some photos from the recent cooking event.... made a giant wok of Black Beef Rendang for a relative's wedding.

Kenangan memasak rendang kawah baru2 ni untuk khenduri kahwin sedara hubby. Along ni tak lah pandai sangat tapi atas permintaan sedara tu, Along tunaikan juga walau pun memasak sehingga pukul 3 pagi dan berangkat ke lapangan terbang beberapa jam selepas tu untuk bercuti ke Semenanjung. Alhamdulillah, lega dapat siapkan juadah tersebut. Along juga sediakan bahan2 untuk Kerabu Nenas pada malam nya dan mereka gaulkan sebelum di hidangkan. Along tak dapat hadir ke majlis tersebut sebab sedang di udara pulang ke Semenanjung. Hari ni baru Along berpeluang melawat mereka & alhamdulillah feedback dari tetamu kata sedap.

 Ramai pembantu2 yang tolong kacau.... tengoklah kuali kawah tu.... 3 orang yg besor tu pun leh dok dalam tu. Along rasa daging tu ada lah dalam 80kg kot.... seekor besar lembu yg di sembelih. Sepatut nya kerbau tapi kerbau yg nak di sembelih tu meronta & cabut lari... lalu di gantikan dgn lembu.

Apabila rencah2 nya dah wangi, baru masukkan daging yg telah di perap.

Ini orang kuat Along.... lovely hubby yg banyak membantu

Rendang yg telah siap di masak di simpan dlm periuk besar supaya mudah di hidangkan nanti

Rendang Sekawah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment