Assalamualaikum.
Hasil selongkar dapur Izahdaut subuh2 tadi, terpikat pulak dengan resepi Puding Pelangi ni....tengok bahan2 pun simple jerk dan memang dah ada kat dapo, jadi lepas hantar Ain ngan Daniel gi sekolah, Mas pun terus buat projek memuding...kejapp jerk dah siap...he3...hmm...simple dan sedapp puding ni....oleh kerana Izahdaut kata puding ni agak manis walaupun dia dah kurangkan gula tu, Mas pun terjah dapo Kak Nor dan ikut sukatan gula macam yang Kak Nor buat, Alhamdulillah, sedang2 elok jerk manisnya....memang best makan dikala puding ni dingin..asyikkkkk...tima kasih pada tuan resepi Alma Myresepi, tengok respon kat myresepi....ramai bebenar yang dah menerainya...memang best puding pelangi ni...sedappppp bangat....
Puding Pelangi
Resepi : Alma@Myresepi.com
Bahan :
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir ( kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok ) Mas ikut Kak Nor letak 100gm je, memang sedang2 elok jerk manisnya
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan tepung custard
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya ( kalau nak warna2 lain pun boleh )
Nota :
Untuk dua adunan K.Nor guna gula sebanyak 200gm sahaja.. tu pun dah cukup manis bg K.Nor.
So pada yg lain2 tu ejjas sendiri la banyak mana nak letak gula tu ya..
Cara membuatnya :
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk ( sama byk ). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
Sengetkan loyang @ ape2 bekas puding sedikit ( yang Alma gunakan bekas square 7x7in ).
Biar satu hujung tu tinggi ( lapik @ alaskan dngn ape2 untuk tinggikan ).
Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang @ bekas ( dihujung yg paling rendah tu ler ),
Kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan last skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
Bila dah siap, letakkan semula loyang @ bekas ke kedudukan asalnya.
Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....
0 comments: