Tuesday, March 27, 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese



Assalamualaikum.
Kali ke-2 Mas buat Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie, baru2 nie Mas ada buat untuk buah tangan keluarga dikampung, jadi tak sempat nak posingkan kek tu, Alhamdulillah, sedappp dan family pun suka....
Jadi Mas buat lagi petang semalam untuk birthday Daniel yang jatuh pada hari ni, 28 Mac, Happy Birthday sayang....hari ni dah genap umur Daniel 8 tahun...moga Daniel membesar sebagai anak yang soleh, menjadi kebanggaan mak dan abah, menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Menjadi hamba yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah. Moga cita2 Daniel termakbul nanti, insyaAllah....
Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie saje Mas buat petang semalam sebab hari nie sibuk sikit...pagi tadi Mas ada appointment kat ppum, sekali ngan scan, Alhamdulillah, sekarang dah nak masuk 30 minggu, baby pun sihat....
Berbalik pada Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie, pada Mas, memang terbaikk kek nie...sedapp sangat gabungan coklat dan cheese tu...tak payah dah letak topping kat kek nie dan untuk kek coklat ni, Mas setia menggunakan resepi Kek Coklat Kukus Munira. Boleh kan ....he3...Izahdaut pun menggunakan resepi kek coklat pilihannya iaitu Kek Coklat Kukus Keju Koktel. Lain kali Mas akan guna resepi asal sepenuhnya....maceh pada Kak Yatie - Sinar Kehidupanku atas resepi kek yang mabeless nie...rasanya ramai gak yang dah menerainya....memang terbaikkk la kek ni....


Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Sumber : IzahdautKak Anymzz

Bahan A :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.
Mas satukan semuanya dan blend hingga sebati.




Bahan B  -  Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @cmasak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder


Cara :
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.


Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Nota :
Untuk kek coklat, Mas menggunakan resepi Kek Coklat Kukus Munira.

Nota kak Yatie: 
Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian.
Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...
*masa kak Yatie di USA dulu.;-) 




Birthday Boy Muhammad Daniel....Happy Birthday Sayangg....



Kek Lapis Kukus Cream Cheese Rating: 4.5 Diposkan Oleh: jagostu

0 comments:

Post a Comment